[ad_1]
“Tuduhan ini adalah berniat jahat dan tidak benar sama-sekali. Ia mungkin sengaja dibuat oleh pihak-pihak berkepentingan yang tidak berpuas hati dengan cadangan KDN untuk membatalkan projek SKIN yang telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Muhyiddin berkata ketika dilantik sebagai menteri yang bertanggungjawab, beliau telah diberikan taklimat mengenai projek-projek Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang telah diluluskan oleh kerajaan terdahulu termasuk projek SKIN yang telah diluluskan secara rundingan terus kepada syarikat Prestariang SKIN Sdn Bhd (PSSB).
“Selaras dengan dasar kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengkaji semula projek-projek bernilai tinggi yang diluluskan oleh kerajaan terdahulu, saya telah mengarahkan sebuah jawatankuasa khas mengkaji semula projek SKIN secara terperinci. Setelah kajian dibuat, jawatankuasa ini mendapati terdapat beberapa kelemahan dalam terma perjanjian konsesi dan pelaksanaan projek,” katanya
Beliau berkata, antaranya ialah terma-terma kontrak lebih menguntungkan syarikat berbanding kerajaan, kos pelaksanaan projek terlalu tinggi dan bakal menjadi beban kewangan kepada kerajaan untuk jangka masa panjang, serta skop pelaksanaan projek yang terhad dan tidak memenuhi keperluan sebenar Jabatan Imigresen.
…..
[ad_2]

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ