BERNAMA.com – RCI Wang Kelian diwujudkan atas permintaan banyak pihak –

[ad_1]

KANGAR, 30 Jan (Bernama) – Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kewujudan kem pemerdagangan manusia dan kubur di Wang Kelian, Perlis pada 2015 ialah bagi menjawab pelbagai tanda tanya yang masih timbul susulan siasatan terdahulu.

“RCI ini ditubuhkan kerana banyak pihak mahu kes pemerdagangan manusia di Bukit Wang Burma di Wang Kelian disiasat semula walaupun polis telah melengkapkan siasatan,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Nama anggota RCI itu dijangka diumumkan bulan hadapan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, katanya pada sidang media selepas menyampaikan pingat Jasa Pahlawan Negeri (JPN) kepada 250 pegawai dan anggota polis negeri yang akan bersara tahun ini, di Mes Pegawai Kanan Polis Perlis di sini hari ini. Turut hadir Ketua Polis Perlis Datuk Noor Mushar Mohamad.
…..



[ad_2]