BERNAMA.com – RON92 tidak akan dikembalikan demi komitmen jaga alam sekitar

[ad_1]

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) — Kerajaan tidak akan mengembalikan penjualan petrol RON92 kerana kandungan sulfur yang tinggi dalam bahan api itu boleh mencemarkan alam sekitar, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin berkata walaupun terdapat banyak cadangan agar bahan api itu kembali dijual di pasaran untuk membantu mengurangkan beban hidup rakyat, kerajaan tidak dapat menimbangkannya kerana turut terikat dengan protokol antarabangsa.

“Yang membezakan RON92, 95 dan 97 ialah kadar kandungan sulfur. Lebih kurang kandungan sulfur makin kurang pencemaran alam sekitar namun harganya lebih mahal.

“Tetapi sebagai sebuah negara yang terikat dengan protokol antarabangsa (berkenaan alam sekitar), kita dikehendaki mematuhi jadual untuk bergerak ke arah penggunaan minyak yang kurang kandungan sulfurnya,” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 di Dewan Negara hari ini.

Sehubungan itu kata Saifuddin, dasar kerajaan buat masa ini ialah mengekalkan penggunaan RON95 dan RON97.
…..

 

[ad_2]