[ad_1]
Siti Hasmah Mohd AliKUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) — Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali meminta semua anggota bomba berhati-hati dalam menjalankan tugas bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Beliau mengulas mengenai kejadian yang berlaku terhadap Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera parah setelah diserang dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya awal pagi Selasa lepas.
Dr Siti Hasmah meluangkan masa selama 30 minit melawat Muhammad Adib, 24, di Insititut Jantung Negara (IJN) di sini bagi melihat sendiri keadaan dan perkembangan semasa anggota bomba itu hari ini.
Kehadiran beliau disambut oleh pegawai kanan bomba, pegawai kanan IJN serta keluarga Muhammad Adib.
Dr Siti Hasmah turut menasihatkan keluarga anggota bomba itu terus bersabar dengan dugaan tersebut.
— BERNAMA
[ad_2]

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad