[ad_1]
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong menyifatkan ura-ura akan ada undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada sesi Parlimen yang akan bermula 11 Mac ini, sebagai agenda politik pembangkang yang tidak bertanggungjawab dan berniat jahat.
Menurut beliau, senarai ‘101 anggota Parlimen yang menyokong perdana menteri meletak jawatan’ yang tular di media sosial itu juga hanya satu spekulasi untuk mengelirukan rakyat serta menjatuhkan moral dan imej kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Liew yang dihubungi Bernama berkata beliau yakin tiada usul undi tidak percaya yang akan dikemukakan oleh mana-mana pihak dalam Dewan Rakyat terhadap Dr Mahathir yang telah diberikan mandat sepenuhnya oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu untuk menerajui kerajaan PH.
…..
[ad_2]
More Stories
Madius gesa Kementerian Perpaduan jadikan MA63 sebagai asas pembinaan negara bangsa Malaysia yang bersatu padu
Suara kebencian berbaur agama, ramai rakyat Sabah, Sarawak kesal membentuk negara Persekutuan Malaysia: Madius
Mesyuarat Jentera Pilihanraya UPKO N2 Bengkoka Fokus Persiapan Hadapi PRN17