[ad_1]
Beliau bagaimanapun memberi jaminan bahawa peningkatan kos itu tidak akan membebankan rakyat apabila memberikan insentif kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan rakyat yang melakukan kaedah penjimatan dalam penggunaan air.
Perbincangan sedang dilakukan dengan Syarikat Air Melaka Berhad namun kadar kenaikan tarif masih belum ditetapkan kerana setiap negeri mempunyai kadar tarif yang berbeza.
“Kita terpaksa membeli sebahagian daripada air (dari negeri lain) dan kos pengurusan yang semakin meningkat selain keperluan infrastruktur bagi empangan baharu yang mana melibatkan kos, ini antara cabaran kita (sekiranya tarif air kekal) apabila tidak dapat menguruskan air dengan baik sehingga mengakibatkan krisis air,” katanya.
Adly berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kerajaan Negeri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Seri Roslan Ibrahim dan barisan exco kerajaan negeri serta kira-kira 400 penjawat awam seluruh negeri.
…..
[ad_2]

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad