[ad_1]
Katanya, jabatan seperti Radio televisyen Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sangat penting dan kritikal dalam memastikan rakyat mendapat maklumat tepat berhubung pelbagai perkara termasuk isu-isu panas yang boleh menjejaskan perpaduan kaum.
“Ini yang membezakan ia dengan media lain sebab RTM, Bernama dan lain-lain agensi yang berada di bawah payung KKMM adalah wadah penyampaian maklumat tepat daripada kerajaan kepada rakyat dan itu peranan yang kita tidak boleh ubah, ” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan mengadakan lawatan dan taklimat pengurusan di RTM Johor di Jalan Ayer Molek di sini, hari ini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Penegerangan Malaysia Negeri Johor, Zainudin Ismail, Ketua Biro Bernama Johor, Nor Baizura Basri dan Ketua Biro Berita Ehwal Semasa RTM, Zahrinul Aini Sumery.
Mengulas perkara lain, Shakib memberitahu penjawatan kakitangan awam di bawah KKKM mungkin perlu dikaji, seiring dengan perubahan teknologi masa kini.
“Salah satunya mengkaji semula takrif penjawat awam tersebut dan kedua, mungkin boleh lihat dari segi apakah jawatan-jawatan yang boleh kita jumudkan.
“Saya ambil contoh, kita menggunakan media sosial sebagai wadah penyampaian dan ia telah menjadi trend, sekaligus menjadikan proses pencetakan itu mungkin berkurangan dan makin lama diganti dengan teknologi terkini. Itu mungkin sesuatu yang boleh kita kaji, ” katanya.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Wanita Dakwa Ditukar Agama Kepada Islam Tanpa Izin, Sindiket Libatkan Ahli Keluarga Dalam Politik?
Polis Tawau rampas dadah jenis syabu 2.43kg bernilai RM87,000
‘Berubahlah, makin tua sudah’ – nasihat hakim kepada pesalah tegar dadah