Bersama Ganding Bahu Cegah, Kawal Hepatitis

Oleh: Nio James

KOTA KINABALU: Kerajaan amat mengalu-alukan penglibatan yang lebih aktif pelbagai agensi khususnya badan–badan bukan kerajaan untuk sama-sama berganding bahu dalam melaksanakan aktiviti pencegahan dan kawalan Hepatitis.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Frankie Poon Ming Fung (gambar) berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telah mengadakan pelbagai aktiviti kesihatan untuk memastikan masyarakat peka terhadap penyakit Hepatitis,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlia perasmian Majlis Sambutan Hari Hepatitis Sedunia 2019 Peringkat Negeri Sabah, di Auditorium, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Kota Kinabaalu.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Kesiohatan Negeri Sabah, Datuk Dr. Christina Rundi.

Sambutan Hari Hepatitis Sedunia 2019 Peringkat Negeri Sabah dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu.

Frankie berkata, sambutan Hari Hepatitis Sedunia Peringkat Negeri Sabah kali ini merupakan sambutan yang julung kali dilaksanakan di negeri Sabah. 

Katanhya, tarikh 28 Julai merupakan tarikh di mana seluruh dunia menyambut Hari Hepatitis Sedunia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat seluruh dunia mengenai jangkitan hepatitis. 

“Tema sambutan di peringkat antarabangsa adalah “Find the missing millions” manakala untuk Malaysia pula, tema yang dipilih adalah “My missing millions” kerana bagi kita ianya amat penting untuk mengesan seramai mungkin orang yang dijangkiti Viral Hepatitis bagi membolehkan rawatan segera diberikan kepada mereka.

Saya difahamkan bahawa pelbagai aktiviti telah dilaksanakan di seluruh negara bersempena sambutan Hari Hepatitis Sedunia.

Ini termasuklah sambutan Hari Hepatitis Sedunia dan penganjuran kempen “Koi Sihat” di Rompin, Pahang yang turut melaksanakan saringan Hepatitis B dalam kalangan warga Orang Asli,” kaanya.

Frankie berkata, Negeri Sabah juga tidak ketinggalan mengadakan aktiviti-aktiviti kesihatan dengan menekankan aspek saringan Hepatitis C dan saringan Hepatitis B dalam kalangan ibu-ibu mengandung bagi mengelakkan berlakunya transmisi vertikal iaitu jangkitan daripada ibu kepada anak yang dikandung semasa proses kelahiran.

Beliau menasihati masyarakat agar sentiasa mengamalkan cara hidup yang sihat.

Katanya, masyarakat hendaklah mengelakkan diri daripada amalan yang berisiko seperti berkongsi alat kebersihan diri peribadi tertentu seperti ketip kuku, berus gigi, pisau cukur dan lain-lain kerana ia boleh menyebabkan luka di mana virus Hepatitis B boleh menular.

Beliau juga menasihati pesakit Hepatitis agar tidak menderma darah kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kepada penerima darah.

Katanya,  mereka yang terdedah kepada risiko jangkitan viral hepatitis adalah dinasihatkan untuk menjalani ujian saringan viral hepatitis bagi mengesan jangkitan supaya rawatan awal dapat diberikan.

“Ibubapa pula hendaklah memastikan anak mereka diberi imunisasi Hepatitis B yang lengkap mengikut jadual yang ditetapkan dalam Program Imunisasi Kebangsaan,” katanya.

Frankie berkata, untuk membendung penularan penyakit Hepatitis dalam masyarakat di Sabah bukanlah satu tugas yang mudah.

“Tetapi saya percaya dengan adanya kepimpinan, komitmen dan kerjasama pelbagai pihak, impian ini boleh menjadi kenyataan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *