Bersatu Kelantan desak Perdana Menteri kaji kurang penjawat awam

[ad_1]

PASIR PUTEH, 23 Feb (Bernama) – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan mendesak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengkaji semula cadangan untuk mengurangkan jumlah penjawat awam bagi menjaga kepentingan orang Melayu dan bumiputera.

Pengerusinya, Datuk Kamaruddin Mohd Nor berkata cadangan itu perlu diteliti secara terperinci memandangkan berlakunya pertambahan penduduk sejak beberapa tahun lepas.

“Selain itu, jumlah terbesar dalam perkhidmatan awam sekarang adalah terdiri orang Melayu yang perlu diberi perhatian utama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Cawangan Pasir Puteh di sini, hari ini.
…..



[ad_2]