KOTA KINABALU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan (PH), hari ini.
Perkara itu diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di Facebook peribadinya.
Katanya, keputusan itu dibuat pada mesyuarat khas parti yang diadakan semalam.
“Semua Ahli Dewan Rakyat dari parti Bersatu juga dengan ini keluar Pakatan Harapan. Semua mereka telah menandatangani Akuan Bersumpah untuk terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.
“Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara,” katanya.
Pengumumannya itu hadir sejurus sebelum Dr Mahathir menghantar surat peletakan jawatannya selaku perdana menteri kepada Istana Negara, tengah hari tadi.

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Saya tidak setuju dengan Harris Salleh – Ewon
Jangan Kelirukan Rakyat Tentang Tuntutan Hak 40 Peratus – Madius