Bomba Kelantan nasihat penduduk segera berpindah jika diarahkan

[ad_1]


KOTA BHARU, 17 Dis (Bernama) — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menasihatkan penduduk yang tinggal di kawasan mudah dinaiki air supaya mematuhi arahan segera berpindah yang dikeluarkan bagi memudahkan operasi.

Pengarahnya, Nazili Mahmood berkata sekiranya lambat berpindah dan ketika itu baru meminta bantuan terutama pada waktu malam, operasi menyelamat amat berisiko ditambah lagi jika banyak panggilan meminta bantuan diterima.

“Anggota bomba memang akan sentiasa bersedia untuk tugasan menyelamat dalam apa jua situasi namun ketika itu mungkin ramai yang memerlukan bantuan dan jalan terbaik adalah segera berpindah sekiranya diarahkan kerana tindakan itu boleh menyelamatkan nyawa dan tidak berisiko,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat JBPM Kelantan di sini, hari ini.
…..

 

[ad_2]