BOOKDOC-NIVEA TAWAR GANJARAN KEPADA PENGGUNA AMAL GAYA HIDUP SIHAT, AKTIF

BookDoc, penyedia penyelesaian penjagaan kesihatan digital terkemuka di Asia mengumumkan kerjasama terbarunya dengan NIVEA, nama utama dalam penjagaan kulit dan penjagaan diri dengan menawarkan ganjaran kepada pengguna seperti diskaun dan fribis berdasarkan tahap aktiviti fizikal.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BookDoc Datuk Chevy Beh dalam kenyataan berkata ciri Aktiv BookDoc adalah satu daripada tujuh ciri yang ditawarkan pada Aplikasi BookDoc, memberi insentif kepada pengguna untuk mengekalkan gaya hidup aktif dan sihat. 

“Aplikasi BookDoc diselaraskan dengan telefon pintar, peranti penjejak kesihatan untuk mengesan kiraan langkah harian pengguna merangkumi Apple Health, Sambung Health, Google Fit, Fitbit dan Garmin.

“Pada akhir setiap bulan, pengguna akan diberikan peringkat – Gangsa, Perak, Emas dan Platinum berdasarkan jumlah kiraan langkah harian purata mereka. Pada peringkat yang lebih tinggi, pengguna akan mempunyai akses kepada jumlah ganjaran yang lebih besar dan lebih baik,” katanya.

BookDoc mengalu-alukan kerjasama NIVEA Beiersdof sebagai Rakan Ganjaran Aktiv. Dalam kerjasama itu, pengguna Activ yang telah mencapai tahap pada akhir setiap bulan berhak menuntut e-baucar bernilai RM5 di aplikasi BookDoc, boleh ditebus dengan pembelian minimum bernilai RM30 untuk produk NIVEA termasuk NIVEA Men di semua peruncit yang mengambil bahagian.

“Kami gembira dapat membawa ke platform kami satu daripada syarikat terbesar di dunia dan peneraju pasaran dalam produk penjagaan diri. Matlamat kami adalah untuk menawarkan lebih banyak manfaat dan ganjaran kepada pengguna kami dan kami berharap ini akan memberi motivasi kepada semua orang untuk berjalan lebih jauh,” kata Chevy.

NIVEA telah bermurah hati menyediakan pelbagai produk bernilai lebih RM500,000 untuk dikongsi dengan pengguna apliksi BookDoc antara lain termasuk deodoran NIVEA Men, losyen badan, gel mandian, penjagaan wajah dan produk bayi.

Pengurus Negara bagi Beiersdorf Malaysia dan Singapura Ng Hock Guan berkata kerjasama mereka dengan BookDoc di platform Activ adalah peluang terbaik untuk orang ramai memulakan perjalanan kesihatan yang lebih baik sambil disokong oleh produk rangkaian kulit dan penjagaan diri NIVEA terbaru. 

Pengarah Pemasaran Beiersdorf Malaysia dan Singapura Cheong Wai Lun menambah pengguna jangan lupa untuk menyegerakan langkah mereka dan menuntut baucar setelah selesai semua kerja keras mereka.

Kerjasama itu turut disertai Pemimpin Pendapat Utama (KOL) dan selebriti termasuk Keith Foo, Jane Teoh dan Liyana Jasmay.