KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajijii Noor mengumumkan pelantikan Datuk Brenndon Keith Soh sebagai Peguam Besar Negeri hari ini, bagi menggantikan Datuk Nor Asiah Yusof.
Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, pelantikan Brenndon berkuat kuasa serta-merta dan untuk tempoh tiga tahun.
Nor Asiah akan menyandang jawatan Brenndon sebelum ini sebagai Penasihat Undang-undang kepada Ketua Menteri.
Brenndon sebelum ini pernah memegang jawatan Peguam Besar Negeri dari Julai hingga November 2020.-SABAH MEDIA

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ