TUARAN: Seekor buaya berukuran 12 kaki panjang berjaya ditangkap oleh petugas Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah di Kampung Dungun dekat sini pagi tadi.
Pengarah JHL Sabah, Roland Oliver Niun berkata, pihaknya menerima aduan dari seorang penduduk Kg Dungun mengenai kehadiran seekor buaya di kawasan tempat tinggalnya.
“Sebaik menerima aduan tersebut pihak petugas JHL bergegas le lokasi kejadian dan bertindak memasang pancing buaya di tempat pengadu.
“Petugas JHL berjaya menangkap seekor buaya seperti yang diadu oleh pengadu dengan cara menembak buaya tersebut atas sebab keselamatan kerana buaya tersebut bertindak agresif terhadap petugas JHL.
“Seterusnya buaya berukuran lebih kurang 12 kaki panjang itu dibawa untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi media hari ini.
More Stories
Jenazah Tun Ahmadshah selamat dikebumikan
Barang Kosmetik Seludup Dirampas
Wanita Dakwa Ditukar Agama Kepada Islam Tanpa Izin, Sindiket Libatkan Ahli Keluarga Dalam Politik?