BUMBUNG BANGUNAN DAN PEJABAT SEKOLAH DITERBANGKAN BADAI

Hempap bangunan yang 80 peratus siap dihempap bumbung dari bersebelahan bumbung Pejabat

By Aissac Bjsim (BS)

MATUNGGONG:  Bumbung   sebuah  pejabat dan  rumah pengetua  sekolah  Mubalih  dekat Bavang Gazo diterbangkan angin  kencang menyebabkan  bangunan yang  menempatkan  pejabat pengurusan dan  rumah pengetua  rosak teruk.

Kejadian  berlaku apabila  tiba-tiba  angin kencang  disusuli ribut  yang berlaku  kira-kira jam 4.35 petang  pada  30 Julai  lepas  menyebabkan  bumbung  kedua-dua bangunan yang diperbuat dari zink dan aluminium  tercabut.

Pengetua Luther Seminary Pendeta Mowilis Sulibai berkata,  pada kejadian  kira kira 4.30 petang angin kencang pada awalnya bertukar jadi ribut berpusar  dan terbangkan  bumbung bangunan  pejabat serta  sebuah  bangunan yang sedang dalam pembinaan.

Rumah Pengetua yg rosak teruk dibadai angin..

“Kejadian ribut kencang dengan cepat sekali nasib baik dalam kejadian tersebut kami dan para pelajar  sedang  berada dalam asrama dan  tidak ada yang cedera” katanya.

“Halelluyah  puji  Tuhan kami  amat diberkati  dimana bumbung  tidak menghempap kami, kami  tidak sangka  kejadian  ribut  berlaku  sedasyat itu dan kami  mampu melihat dari jauh dimana  bumbung  dan atap zink  tercabut” katanya.

Sekolah Teologi Bavang Gazo Tinangol ditubuhkan awal tahun 1960 an itu mempunyai kira-kira 200 orang pelajar  kini dikenali sebagai Lutheran Semenary mempunyai struktur dua tingkat  dan tingkat atas diperbuat daripada papan dan sudah uzur.

Nuriah bersama Pengetua Sekolah Lutherans ketika melawat tempat kejadian petang semalam

Sementara beberapa pemimpin turut bergegas ditempat kejadian sejurus diberitahu,    ADUN di Matunggong  Julit Mojungki turut melawat kejadian tersebut  terkejut dengan kejadian tersebut dan mensifatkan  kejadian diluar jangka dan merupakan  satu tragedi.

Julita berkata, dia akan merujuk ke tersebut  kepada  Ahli Dewan Rakyat Datuk Maximus J.Ongkili  berhubung dengan  kejadian tersebut memandangkan  projek tersebut  masih  dibawah seliaan Pejabat Perlimen dan belum disiapkan  sepenuhnya.

Dalam pada itu , pegawai pemimpin masyarakat CDO  Nuriah Jamirun  yang turut melawat  petang   tadi melahirkan rasa   simpati  dan  memohon agar  para  pelajar dan  pendeta  bersabar   “katanya.

Bangunan Rumah Sekolah yang bumbungnya iterbngkan angin

Katanya, walaupun kejadian itu menjadi satu tragedi namun  mungkin  ada disebalik  hikmah dan keajaiban berlaku, katanya kepada wakil (BS) disini.

Nuriah berkata, dia mencadangkan   kepada pengetua sekolah tersebut agar memohon sebuah  bangunan  pejabat   baharu  bagi menggantikan bangunan lama,  tiada ada gunanya untuk membaikinya kerana terlalu uzur dan banyak  struktur bangunan sudah usang.

Sementara itu Pengetua sekolah tersebut   berkata, dia amat berterima kasih di atas  ramai kunjungan daripada para pemimpin politik termasuklah ketua cabang PKR Kota Marudu  Donol Sazali Abdullah Pegawai Pembangunan Masyarakat PPM Barlus Mangabis, serta beberapa pemimpin lain  yang prihatin terhadap kejadian tersebut, dan berharap agar dapat membantu  pihaknya  untuk terus  beroperasi.