[ad_1]
Pejabat Komunikasi, Advokasi dan Promosi UIAM dalam kenyataan berkata Dr Mahathir telah menyerahkan nama-nama itu kepada Ketua Perlembagaan UIAM, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bagi mendapat perkenan baginda.
“Ia selaras dengan peruntukan 25 (1A) Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Pindaan 2018). Pihak universiti akan membuat kenyataan rasmi mengenai pelantikan Presiden UIAM ke-8 yang baharu selepas mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku,” menurut kenyataan itu, di sini, hari ini.
Pada 6 Jan lepas, Bernama melaporkan bahawa Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengesahkan beliau tidak lagi memegang jawatan sebagai Presiden UIAM dengan tempoh pelantikan beliau sepatutnya berakhir pada tahun 2021.
— BERNAMA
[ad_2]

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ