KOTA KINABALU, SABAH – Empat tan sampah berjaya dikumpul oleh pasukan pengurusan Center Point Sabah semasa pembersihan pantai di Taman Teluk Likas yamg diadakan pada Sabtu.
Hanya dalam satu sesi dua jam, mereka berjaya mengutip sebanyak 4009.5 kg sampah.
Menurut wakil Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Shahriezan, ianya merupakan jumlah sampah terbanyak dikutip yang direkodkan.
“Kami amat berbangga dengan komitmen terhadap kelestarian alam sekitar yang ditunjukkan oleh pasukan pengurusan Centre Point Sabah.
“Jumlah sisa terkumpul dalam masa dua jam sahaja tidak pernah berlaku sebelum ini dan mencatat rekod baharu dalam usaha pembersihan,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan.
Majlis tersebut merupakan yang pertama seumpamanya dianjurkan oleh pihak pengurusan Center Point Sabah.
Kejayaan itu turut memberi inspirasi kepada pusat beli-belah itu untuk merancang aktiviti pembersihan masa depan dengan kerjasama masyarakat setempat.
“Kami sangat teruja kerana telah memberi impak yang ketara dengan aktiviti pembersihan pantai pertama kami.
“Ini baru permulaan, dan kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan masyarakat bagi memastikan pemuliharaan kawasan pantai kami yang indah,” kata Pegawai Perhubungan Awam Meredith Madani.
Beliau berkata sempena ulang tahun ke-34 pusat beli-belah dan Hari Tanpa Plastik yang dikuatkuasakan oleh DBKK, pusat beli-belah itu telah turut melancarkan kempen “Beli dan Tebus: Beg It Bah!”.
Inisiatif tersebut bertujuan untuk mengurangkan sisa plastik dan menggalakkan amalan mesra alam.-SABAH NEWS
More Stories
CADANGAN GARIS PANDUAN UNTUK ORANG ISLAM TIDAK RELEVAN DENGAN SABAH – KM HAJIJI
Remaja perempuan maut jatuh dari tingkat 16 kondominium
Sisa elektronik, bahan buangan RM19 juta dirampas di Tawau