COVID-19 : 121 SEMBUH, 109 KES BAHARU

KOTA KINABALU: Malaysia hari ini mencatat pertambahan 109 kes Covid-19 baharu menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 4,228 kes.

Bagaimanapun, buat kali kedua, jumlah pesakit yang sembuh mengatasi jumlah kes baharu apabila seramai 121 pesakit pulih dan dibenarkan pulang menjadikan jumlah keseluruhan seramai 1,608 orang atau 38 peratus daripada jumlah keseluruhan kes di negara ini.

Semalam, hilangan pesakit adalah seramai 166 orang manakala kes baharu sebanyak 156.

“Bilangan kes discharge (pulih dan dibenarkan pulang) hari ini melebihi kes baru yang dilaporkan,” katanya Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya di ibu negara, hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan dua lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kematian berkaitan wabak itu kepada 67.

Selain itu, sejumlah 72 pesakit kini dalam Unit Rawatan Rapi (ICU), sedikit menurun berbanding 76 pesakit semalam.

Daripada jumlah itu, seramai 43 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, berkurang daripada 45 pesakit semalam./BERITA SABAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *