KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan kes harian baharu COVID-19 tertinggi sejak pandemik itu melanda negara dengan 2,335 kes hari ini, sekali gus menyaksikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini melepasi angka 20,000 kepada 20,035 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini mencecah 103,900 kes, selain turut merekodkan dua kematian baharu melibatkan warganegara.
Beliau berkata Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan kes baharu tertinggi iaitu 728 kes dengan 677 daripadanya melibatkan kluster-kluster sedia ada dan hasil saringan kontak rapat COVID-19 di lapangan.
“Selangor mencatat sebanyak 710 kes; Johor (412 kes); Sabah (248 kes); Pulau Pinang (58 kes); Kelantan (54 kes); Negeri Sembilan (33 kes); Perak (26 kes) dan Pahang (19 kes).
Sementara itu, Kedah dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing merekodkan 16 kes; Sarawak (enam kes); Melaka (lima kes); Wilayah Persekutuan Putrajaya (tiga kes) dan Perlis hanya satu kes,” katanya dalam satu kenyataan mengenai perkembangan jangkitan COVID-19, di sini hari ini. -Bernama

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ