COVID-19 : 71 KES BAHARU DI MALAYSIA, 90 LAGI SEMBUH

KOTA KINABALU: Malaysia hari ini mencatatkan 71 kes positif Covid-19 baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini, setakat ini, sebanyak 5,603.

Bagaimanapun pada hari ini juga, seramai 90 lagi pesakit pulih menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih ialah 3,542 atau 63.2 peratus dari jumlah keseluruhan kes.

Perkara itu diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian beliau di Putrajaya, hari ini.

Noor Hisham turut memaklumkan, setakat ini, seramai 42 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 21 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, dua kematian baru hari ini turut dilaporkan, termasuk melibatkan seorang doktor wanita.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat wabak itu di Malaysia ialah sebanyak 95./BERITA SABAH