KOTA KINABALU: Malaysia hari ini hanya mencatat 36 kes baharu Covid-19, iaitu kes harian terendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya di ibu negara, hari ini, berkata, angka itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini sebanyak 5,425, setakat tengah hari tadi.
Noor Hisham turut memaklumkan tiada pertambahan kes kematian baru yang dilaporkan setakat tengah hari tadi dengan jumlah korban akibat wabak itu kekal sebanyak 89.
Sementara itu, jumlah pesakit yang pulih bertambah 98 orang lagi, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih dan dibenarkan keluar hospital ialah sebanyak 3,295 atau 60.7 peratus.
Jika mengambil kira pesakit yang sudah sembuh, ini bermakna kes aktif dan sedang menerima rawatan ketika ini ialah 2,041./BERITA SABAH

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ