KOTA KINABALU: Tiada kes Covid-19 baharu dicatatkan di Sabah, hari ini, dengan jumlah keseluruhan kes yang pernah direkodkan di negeri ini, kekal sebanyak 317.
Statistik yang disiarkan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung dalam Facebook beliau, sebentar tadi, turut memaklumkan seramai enam lagi pesakit jangkitan wabak itu telah sembuh, hari ini.
Ini bermakna, jumlah kes aktif yang masih menerima rawatan di Sabah menurun enam kes iaitu sebanyak 26, berbanding 32, semalam.
Dalam perkembangan sama tiada kematian dicatatkan di negeri ini, hari ini, dengan jumlah korban akibat jangkitan wabak itu kekal empat orang iaitu dua di Kota Kinabalu dan masing-masing satu di Tawau serta Tambunan.
Sabah juga kekal negeri keenam tertinggi mencatatkan Covid-19 di belakang Selangor yang mencatat sebanyak 1,596, Kuala Lumpur (1,414), Johor (667), Negeri Sembilan (681), dan Sarawak (542)./http://beritasabah.com

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ