KOTA KINABALU: Kes Covid-19 baharu yang dicatatkan di negeri ini, semalam, adalah membabitkan kes tempatan berkaitan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (HWKK) Sabah.
Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Christina Rundi dalam kenyataannya semalam berkata, pesakit terbabit kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth (QEH), di sini.
Sementara itu, beliau berkata sejumlah 1,329 ujian telah dijalankan pada 31 Mei lalu, menjadikan jumlah keseluruhan ujian yang telah dijalankan di Sabah sebanyak 91,699.
“Daripada jumlah ujian berkenaan, satu sampel positif merupakan sampel untuk kes baharu.
“Selain itu, sehingga 31 Mei juga, seramai 7,223 orang sedang menjalani perintah kuarantin di rumah manakala seramai 926 orang masih berada di 46 buah pusat kuarantin di seluruh Sabah,” katanya.-http://beritasabah.com
More Stories
Gabungan GRS-PH Plus tentukan hala tuju politik Sabah hadapi PRN – Armizan
Tamu Desa Kampung Pelakat jadi pusat aktiviti keusahawanan komuniti jual produk pertanian, hasil laut di Sipitang
Aksi akhir Liga Super: Peluang pemain muda tunjuk kualiti