KOTA KINABALU, 11 April – Jumlah kes jangkitan baharu di Sabah hari ini menurun dibawah angka 100 iaitu 65 kes berbanding semalam (124).
Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Kota Kinabalu melaporkan kes tertinggi iaitu sebanyak 16 kes, diikuti oleh Papar (9), Tuaran (8) dan Penampang (6).
Walaupun kes harian di Sabah menurun, tetapi peratusan jumlah kes simptomatik yang berpunca daripada jangkitan sporadik kekal tinggi iaitu 55.4 peratus (%) daripada jumlah keseluruhan kes hari ini.
Bagaimanapun, tiada kluster baharu dilaporkan hari ini.
Dalam pada itu, sebanyak 59 daripada 65 kes baharu hari ini adalah dalam kategori 1 dan 2 manakala dua (2) kes masing-masing dalam Kategori 3, Kategori 4 dan Kategori 5.
Sehubungan itu, masyarakat dinasihatkan untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) secara serius bagi mengekang penularan virus dalam komuniti.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ