KOTA KINABALU: Kes positif Covid-19 yang dicatatkan di Kota Kinabalu, semalam, adalah membabitkan seorang kanak-kanak dan merupakan kes import.
Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata, kes berkenaan dikesan menerusi sampel yang diambil di Pintu Masuk Antarabangsa, Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA).
Katanya, kanak-kanak itu telah ditempatkan di pusat kuarantin bersama keluarga mereka apabila tiba di Kota Kinabalu.
“Kanak-kanak itu menaiki pesawat komersil dari Kuala Lumpur bersama ahli keluarga dan kes telah ditempatkan di Pusat Kuarantin setibanya di Kota Kinabalu.
“Pada 20 Mei 2020, kes telah dimasukkan ke wad Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.
More Stories
UPKO Kota Marudu Fokus Persiapan PRN17, Mesyuarat Tritahunan Ditangguh
588 mangsa masih berlindung di 3 PPS di Beaufort
Beberapa daerah di Sabah dilanda hujan lebat petang ini