KOTA KINABALU: Tiada pertambahan kes Covid-19 baharu di Sabah, hari ini, dengan jumlah keseluruhan kes yang pernah direkodkan kekal sebanyak 343 kes.
Jumlah kes aktif di Sabah juga kekal dengan 33 kes selepas tiada kes sembuh baharu dicatatkan hari ini dengan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh dan discaj kekal seramai 305 orang.
Statistik terbaharu yang dimuat naik Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung dalam Facebook beliau sebentar tadi.

Sementara itu, tiada kematian dicatatkan di Sabah, hari ini, dengan jumlah korban akibat Covid-19 di negeri ini kekal lima kes iaitu tiga kes berlaku di Kota Kinabalu manakala Tawau dan Tambunan masing-masing satu kes.

Sabah juga kini menjadi negeri ketujuh tertinggi mencatatkan Covid-19 di belakang Kuala Lumpur yang mencatat sebanyak 1,984, Selangor (1,838), Negeri Sembilan (793), Johor (671), Sarawak (549) dan Pahang (344).-http://beritasabah.com

More Stories
24 buah sekolah di Sabah terjejas banjir
Subsidi tiket penerbangan ‘Graduan Rindu Sabah’ dibayar sebelum Aidilfitri
Alhusin Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sabah