KOTA KINABALU: Buat hari kedua berturut-turut, Malaysia mencatat jumlah kes Covid-19 baharu pada dua angka iaitu sebanyak 10 kes direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 7,629.
Jumlah kes harian itu juga adalah yang terendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan Mac lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya di ibu negara, hari ini, turut memaklumkan seramai 86 lagi pesakit dan discaj.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kini sebanyak 6,169 iaitu 80.86 peratus daripada jumlah keseluruhan kes dan ini bermakna jumlah kes aktif di Malaysia ketika ini ialah sebanyak 1,345.
“Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” kata Noor Hisham.
Sementara itu, tiada kematian dicatatkan hari ini dengan jumlah kes kematian di negara ini kekal sebanyak 115 kes.-http://beritasabah.com

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad