KOTA KINABALU: Malaysia hari ini mencatat 13 kes Covid-19 baru, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang pernah direkodkan setakat ini sebanyak 8,696.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan lima daripada jumlah kes baru itu adalah kes penularan tempatan.
Lima kes penularan tempatan itu membabitkan tiga rakyat Malaysia dan dua lagi bukan warga negara ini.
Warga Malaysia membabitkan dua individu dari Sarawak dengan masalah serius jangkitan pernafasan, manakala pesakit ketiga di Kuala Lumpur yang diuji positif ketika saringan untuk kembali bekerja.
Dua bukan warga negara itu pula merupakan tahanan di depot imigresen yang diuji positif pada ujian
Sementara itu, seramai 12 lagi pesakit pulih dan discaj setakat jam 12 tengah hari tadi dan ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini sebanyak 64 kes.-http://beritasabah.com

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad