KOTA KINABALU: Malaysia, hari ini, mencatat 170 kes Covid-19 baru, menjadikan jumlah keseluruhan kes wabak berkenaan di negara ini, ketika ini, sebanyak 3,963 kes.
Satu lagi kematian turut direkodkan hari ini menjadikan jumlah korban keseluruhan akibat wabak itu di Malaysia adalah sebanyak 63.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Door Nisham Abdullah berkata, kes kematian terbaru itu membabitkan lelaki warganegara Malaysia berumur 71 tahun yang pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Sulawesi, Indonesia.
Beliau juga memaklumkan jumlah pesakit yang telah pulih hari ini seramai 80 orang, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh dari jangkitan wabak itu ialah 1,321, iaitu 33.3 peratus daripada jumlah kes keseluruhan.
Sebanyak 170 pesakit kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 50 pesakit memerlukan bantuan pernafasan./BERITA SABAH

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ