COVID-19 : MALAYSIA CATAT 19 KES BAHARU HARI INI

KOTA KINABALU: Kes positif Covid-19 di Malaysia, hari ini, mencatat pertambahan sebanyak 19 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang pernah direkodkan setakat ini ialah 8,322.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya di ibu negara, hari ini, berkata daripada jumlah kes baharu itu, enam adalah kes import manakala 13 lagi jangkitan tempatan.

Daripada 13 kes jangkitan tempatan itu, dua membabitkan warga asing dan 11 lagi warga tempatan.

Sementara itu, Noor Hisham memaklumkan seramai 39 lagi pesakit pulih dari jangkitan wabak itu, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh ialah seramai 6,674 orang atau 80.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ini menjadikan jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia ialah 1,531.

Noor Hisham turut memaklumkan memaklumkan tiada kematian baharu dilaporkan, menjadikan jumlah korban akibat Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 117 kes.

Lima pesakit kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.-http://beritasabah.com