KOTA KINABALU: Malaysia, hari ini, mencatat lapan kes Covid-19 baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 8,453.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya, di Putrajaya, memaklumkan dua daripada kes baharu berkenaan adalan kes import manakala enam lagi penularan tempatan.
Katanya, enam kes penularan tempatan itu terdiri daripada dua warganegara dan empat warga asing.
“Kesemua keempat-empat kes jangkitan dalam negara di kalangan bukan warga negara adalah dari kluster tapak pembinaan Kuala Lumpur 2,” katanya.
Beliau berkata kedua-dua kes warganegara membabitkan satu kes saringan klinikal kes Influenza Like Illness (ILI) di Bintulu, Sarawak dan satu kes saringan pusat jagaan warga emas di Melaka Tengah
Bagi dua kes import, beliau berkata mereka bukan warganegara dan memegang status penduduk tetap.
Noor Hisham juga memaklumkan satu kematian baru melibatkan warganegara India, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 kini sebanyak 121 kes.
Dalam pada itu, jumlah kes Covid-19 aktif dengan kebolehjangkitan di negara ini buat pertama kalinya mencatat di bawah angka 1,000 sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac lalu iaitu sebanyak 986.-http://beritasabah.com
More Stories
Terima rasuah babitkan Rumah Mesra SMJ, Pegawai Kemajuan Masyarakat ditahan SPRM
623 Pati Filipina dihantar pulang
KPDN Sandakan siasat 15 kes seleweng barang kawalan