KOTA KINABALU, 31 Mac — Sabah kembali mencatatkan penurunan kes jangkitan baharu COVID-19 iaitu bekurang sebanyak 99 kes menjadikan jumlah kes hari ini sebanyak 214 kes berbanding semalam (313).
Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, jumlah kes tersebut adalah disebabkan penurunan kes di dua daerah iaitu Kota Kinabalu dengan penurunan sebanyak 70 kes (34) dan Putatan menurun sebanyak 23 kes (7).
Bagaimanapun, Kota Kinabalu kekal di kedudukan daerah tertinggi kes jangkitan baharu, manakala daerah lain yang mencatatkan dua angka ialah Papar (27), Penampang (18), Keningau dan Beaufort masing-masing 15 kes, dan Tuaran 13 kes.
Dalam pada itu, 19 daerah lain mencatatkan kes satu angka manakala daerah Semporna dan Tongod tidak mencatatkan sebarang kes jangkitan baharu hari ini.
Sementara itu, seramai 205 pesakit atau 95.79% daripada jumlah kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, tiga (3) orang dalam Kategori 3. empat (4) orang dalam Kategori 4 dan dua (2) orang dalam Kategori 5.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ