KOTA KINABALU, 29 Mac — Sabah mencatatkan jumlah kes baharu COVID-19 sebanyak 251 kes hari ini iaitu peningkatan sebanyak 57 kes berbanding semalam (194).
Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi dengan 64 kes, iaitu bertambah sebanyak sembilan kes berbanding sebelumnya.
Dalam pada itu, sebanyak 15 daerah (18 semalam) mencatatkan kes satu angka, daerah Beluran dan Sipitang mencatatkan kes dua angka, manakala Telupid dan Kalabakan tidak mencatatkan sebarang kes baharu.
Sehubungan itu, peratusan kes-kes jangkitan sporadik dikatakan masih tinggi iaitu 54.58 peratus, bagaimanapun dilihat semakan menurun secara perlahan-lahan.
Sementara itu, dalam jumlah kes hari ini, seramai 244 orang atau 97.21 peratus adalah dalam Kategori 1 dan 2, dua orang dalam Kategori 3, empat orang dalam Kategori 4 dan seorang pesakit dalam Kategori 5.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ