KOTA KINABALU, 1 Mac — Kes baharu positif COVID-19 merekodkan jumlah 2,158 kes hari ini, iaitu penurunan sebanyak 16 kes berbanding semalam (2,174).
Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, dalam jumlah tersebut, 2,158 kes (99.31%) adalah dalam Kategori 1 dan 2, masing-masing enam kes adalah dalam Kategori 3 dan 4, manakala tiga kes adalah dalam Kategori 5.
Sehubungan itu, daerah Kota Kinabalu kekal sebagai penyumbang utama kepada jumlah kes harian di Sabah dengan 651 kes, diikuti oleh Tuaran (142), Papar (135), Keningau dan Beaufort (130), Kota Belud (120), Penampang (111) dan Putatan (100).
Dalam pada itu, Kerajaan Negeri telah memutuskan agar keseluruhan sektor penjawat awam beroperasi pada kapasiti penuh bermula hari ini.
Bagaimanapun, ini terkecuali mereka yang dijangkiti COVID-19 dan mempunyai status semasa kontak rapat dalam aplikasi MySejahtera.
Sementara itu, seramai 48,118 kanak-kanak berumur 5-11 tahun telah divaksin dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) setakat ini.
Sebanyak 247 kes positif COVID-19 hari ini melibatkan kanak-kanak bawah umur 11 tahun yang belum divaksin dan 117 kes merupakan kanak-kanak yang belum layak mendapat vaksin (bawah umur 5 tahun).

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ