KOTA KINABALU: Sabah hari ini sekali lagi tiada kes baharu Covid-19 dengan jumlah keseluruhan kes yang pernah direkodkan kekal sebanyak 331 kes.
Statistik terbaharu yang dimuat naik Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung dalam Facebook beliau, sebentar tadi, turut menyaksikan seorang lagi pesakit telah sembuh.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di negeri ini, setakat ini, ialah sebanyak 300 kes dan selepas mengambil kira bilangan pesakit yang telah sembuh dan yang telah meninggal dunia, jumlah kes Covid-19 aktif yang masih dirawat di Sabah ketika ini ialah sebanyak 26 kes, kurang satu berbanding semalam.

Sementara itu, tiada kematian dicatatkan di Sabah, hari ini dengan jumlah korban akibat Covid-19 di negeri ini kekal lima kes iaitu tiga kes berlaku di Kota Kinabalu manakala Tawau dan Tambunan masing-masing satu kes.
Sabah juga kini menjadi negeri ketujuh tertinggi mencatatkan Covid-19 di belakang Selangor yang mencatat sebanyak 1,644, Kuala Lumpur (1,566), Negeri Sembilan (776), Johor (668), Sarawak (544) dan Pahang (336). –http://beritasabah.com

More Stories
UMS Sandakan anjur latihan kebakaran di Kolej Kediaman
Persatuan kakitangan pengurusan UMS rai sambutan Hari Raya-Kaamatan 2023
UMS, UNDIP Meterai Kerjasama Penyelidikan Masyarakat Maritim Asia Tenggara