KOTA KINABALU: Sabah hari ini mencatat pertambahan satu kes Covid-19 baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang pernah direkodkan setakat ini sebanyak 331.
Statistik terbaharu yang dimuat naik Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung dalam Facebook beliau, sebentar tadi, menunjukkan pertambahan kes itu berlaku di Kota Kinabalu.

Selain itu, tiada pesakit yang dilaporkan sembuh hari ini dan jumlah kes aktif juga kekal sebanyak 30 kes.
Sementara itu, jumlah kes kematian di Sabah kini sebanyak lima kes selepas seorang lagi pesakit disahkan meninggal dunia akibat jangkitan wabak itu.

Sabah juga kekal negeri keenam tertinggi mencatatkan Covid-19 di belakang Selangor yang mencatat sebanyak 1,628, Kuala Lumpur (1,515), Negeri Sembilan (776), Johor (668), dan Sarawak (544). –http://beritasabah.com


More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ