KOTA KINABALU: Sabah mencatat pertambahan satu kes hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang pernah direkodkan kini sebanyak 344 kes.
Statistik terbaharu yang dimuat naik Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung dalam Facebook beliau, sebentar tadi, menyaksikan pertambahan kes baharu itu berlaku di Tawau.

Sementara itu, tiada kes pesakit sembuh hari ini dengan jumlah keseluruhan yang telah sembuh dan discaj kekal seramai 305 orang.
Ini bermakna jumlah kes aktif di Sabah, setakat ini, meningkat satu iaitu sebanyak 34 kes.

Dalam pada itu, tiada kematian dicatatkan di Sabah, hari ini, dengan jumlah korban akibat Covid-19 di negeri ini kekal lima kes iaitu tiga kes berlaku di Kota Kinabalu manakala Tawau dan Tambunan masing-masing satu kes.
Sabah juga kini menjadi negeri ketujuh tertinggi mencatatkan Covid-19 di belakang Kuala Lumpur yang mencatat sebanyak 1,990, Selangor (1,843), Negeri Sembilan (793), Johor (671), Sarawak (552) dan Pahang (344).-http://beritasabah.com


More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ