COVID-19 : TIGA LAGI KEMATIAN, JUMLAH KESELURUHAN 14

KOTA KINABALU: Tiga lagi kematian akibat Covid-19 direkodkan di Malaysia, menjadikan jumlah setakat ini sebanyak 14 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam kenyataannya medianya sebentar tadi berkata kes kematian ke-12 adalah kes ke-1114 iaitu lelaki warganegara Malaysia berusia 70 tahun yang merupakan jemaah tabligh dalam perhimpunan di Masjid Jamek Seri Petaling, baru-baru ini.

Beliau yang dirawat di Hospital Kluang disahkan meninggal dunia, hari ini.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, kes kematian ke-13 merupakan kes ke-1006 iaitu lelaki warganegara Malaysia berusia 49.

Beliau yang dirawat di Hospital Umum Sarawak juga merupakan anak kepada kes ke-1031.

Manakala, kes kematian ke-14 pula merupakan kes ke-595 iaitu perempuan warganegara berusia 51 tahun yang merupakan kontak rapat dengan kes positif Covid-19 dari kluster tabligh dan dirawat di Hospital Miri.

“Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020. KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga kesemua mereka,” katanya./BERITA SABAH