Cubaan dua individu meyeludup masuk sejumlah minuman keras tidak bercukai ke tanah besar Sabah tidak berjaya selepas kegiatan berkenaan berjaya digagalkan Pasukan Polis Marin (PPM) Labuan.
Menurut Utusan Borneo, Pegawai Pemerintah PPM Labuan, Asisten Superintendan Saidul Maruf Rosli memaklumkan cubaan membawa masuk minuman keras dari Labuan itu dikesan semasa pihak polis melihat dua kenderaan dalam keadaan mencurigakan.
“Semasa diperiksa kedua-dua kenderaan dipandu lelaki berumur 40 tahun dan seorang wanita berumur 37 tahun di Pekan Menumbok kira-kira jam 12 tengah hari semalam.
“Hasil pemeriksaan terhadap kedua-dua kenderaan itu menemukan sejumlah minuman keras pelbagai jenama tidak bercukai yang dipercayai cuba diseludup ke tanah besar Sabah,” katanya.
Menurutnya rampasan minuman keras termasuk dua buah kenderaan yang bernilai RM210,594.00 kemudiannya diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort untuk tindakan lanjut.
Tambahnya kes ini disiasat mengikut Akta Kastam 1967.
“PPM Wilayah 4 Sabah mengalu-alukan masyarakat maritim dan persisir pantai untuk menyalurkan maklumat kepada PPM Wilayah 4 Sabah melalui aplikasi WhatsApp ke talian 0139391197 atau berhubung terus dengan mana-mana balai berdekatan,” katanya.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ