SEMPORNA: Pengusaha pelancongan tempatan membuat laporan polis selepas tidak puas hati terhadap warga China yang kerja tanpa pas lawatan yang sah di daerah ini.
Mereka dakwa golongan berkenaan dikhuatiri akan menimbulkan kesan negatif terhadap sektor pelancongan dan perniagaan.
Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Sabri Zainol berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan polis daripada pengusaha pelancongan tempatan, semalam.
“Lima laporan polis daripada pengusaha pelancongan tempatan di daerah ini yang menyatakan ketidakpuashatian terdapat warga China yang bekerja tanpa pas lawatan yang sah.
“Mereka turut menyatakan golongan ini dikhuatiri akan menimbulkan kesan negatif terhadap sektor pelancongan dan perniagaan di dalam daerah ini,” katanya dalam kenyataan media, malam ini.
Bagaimanapun katanya, kes itu akan dirujuk kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk tindakan lanjut. – Info X
More Stories
Wanita Dakwa Ditukar Agama Kepada Islam Tanpa Izin, Sindiket Libatkan Ahli Keluarga Dalam Politik?
Polis Tawau rampas dadah jenis syabu 2.43kg bernilai RM87,000
‘Berubahlah, makin tua sudah’ – nasihat hakim kepada pesalah tegar dadah