NABAWAN: Pemangku Presiden Upko, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau hari ini meminta Ahli Dewan Undangan Negeri Nabawan, Datuk Bobbey Suan supaya kembali ke pangkuan Upko.
“Datuk Bobbey masih pemimpin UPKO, namun beliau Bobbey perlu menjelaskan pendirian sebenar. Kita syorkan supaya beliau dengan hati terbuka kembali dan membantu menangani keperluan rakyat di bahagian ini,” katanya.
Bernama melaporkan Tangau yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata demikian semasa merasmikan mesyuarat tritahunan Upko Pensiangan di Dewan Kelab Belia Nabawan di sini hari ini.
Dalam pada itu, Jubilin Kilan telah diberi mandat oleh ahli-ahli Upko Pensiangan sebagai Ketua Bahagian Upko yang baharu manakala Osman Aganduk sebagai Timbalan Ketua Bahagian.
Jubilin kemudian menyerahkan 472 borang permohonan keahlian baharu kepada Tangau.
Sementara itu, Upko Pensiangan dan kemudian Upko Keningau pada mesyuarat tritahunannya pada hari yang sama sebulat suara menyokong Tangau sebagai calon Presiden Upko dan Datuk Donald Peter Mojuntin sebagai Timbalan Presiden pada pemilihan parti yang dijangka pada Oktober ini.

Jubilin kemudian menyerahkan 472 borang permohonan keahlian baharu kepada Tangau.

More Stories
Calon UPKO Norfadzlina Ramsah terbaik wakil rakyat baharu DUN Labuk
Tanjung Aru Voters at the Heart of Dennison Indang’s Vision for Change
A strategic discussion in Malaysia’s Sabah