PAPAR – Datuk Nelson bersama sekumpulan rakan-rakan dari kawasan Limbahau telah mengadakan acara santai perlawanan persahabatan bola sepak di Padang Pekan Papar petang semalam.

Acara yang berlangsung dalam suasana riang dan penuh kemesraan ini bertujuan mengukuhkan silaturahim sambil melakukan aktiviti riadah yang sihat.
“Acara sebegini bukan sekadar untuk bersukan, tetapi lebih kepada menjaga hubungan persahabatan yang telah lama terjalin,” jelas Datuk Nelson kepada media.
Perlawanan yang berlangsung selama dua jam itu menyaksikan peserta yang kebanyakannya bekas pemain tempatan menunjukkan aksi menarik meskipun dalam format persahabatan.
Beberapa penduduk tempatan yang kebetulan berada di kawasan padang turut singgah menyaksikan perlawanan tersebut sambil memberi sokongan.
Penganjur berharap aktiviti seumpama ini dapat dijadikan acara bulanan bagi menggalakkan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat setempat.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ