KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Pos Malaysia telah menaik taraf perkhidmatan deposit wang simpanan ke akaun TH secara dalam talian melalui Pos Online di www.posonline.com.my.
TH, dalam satu kenyataan, memaklumkan bahawa langkah itu sejajar dengan usaha TH dan Pos Malaysia dalam meningkatkan perkhidmatan secara digital yang lebih mudah dan berkesan selain memastikan pelaksanaan usaha wajar pelanggan (CCD) dipenuhi sepenuhnya.
“Sehubungan itu, bermula 2 Jan 2021, urusan deposit wang ke akaun TH melalui kaunter Cawangan Pos Malaysia akan ditamatkan,” menurut kenyataan itu.
Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Tabung Haji Contact Center (THCC) di talian 03-62071919, faks: 03-77284959 atau e-mel di th-info@lth.gov.my. -Bernama

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ