[ad_1]
PLUS dalam kenyataan hari ini berkata pemberian diskaun itu berkuat kuasa dari 12 tengah malam hingga 11.59 malam Selasa.
“Diskaun ini diberi kepada pengguna Kelas 1 ketika membayar atau melakukan transaksi bayaran tol di PLUS iaitu Lebuhraya Utara-Selatan; Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE); Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH); Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE); Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua); Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE); Jambatan Pulau Pinang; dan LPT2.
“Bagaimanapun, diskaun itu tidak diberikan untuk transaksi tol di Plaza Tol Tanjung Kupang dan pengguna jalan raya di Jambatan Pulau Pinang yang telah menikmati diskaun tol 20 peratus,” kata kenyataan itu.
— BERNAMA
[ad_2]

More Stories
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad
Isu ‘Pusingan P’ di Jalan Kinarut Dibawa ke Peringkat Nasional