KOTA MARUDU: Dua wanita bersaudara maut manakala tiga parah selepas kenderaan dinaiki mereka hilang kawalan sebelum melanggar tebing bukit lalu terbalik di Jalan Kampung Gana, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 1.50 tengah hari itu, mangsa Somineh Engkagang, 17 dan Doyut Nanu, 58, mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Tiga lagi parah termasuk pemandu berusia 65, 85, 27 tahun dibawa ke Hospital Kota Marudu untuk rawatan lanjut.
Semua mangsa berkenaan mempunyai hubungan kekeluargaan dalam perjalanan pulang ke Kampung Gana.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata, kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota SR dinaiki semua mangsa dari arah pekan Kota Marudu menghala balik ke Kampung Gana.
“Ketika melalui satu selekoh, menuruni bukit telah hilang kawalan lalu melanggar tebing bukit sebelah kanan menghala ke Kampung Gana lalu terbalik di parit simen.
“Susulan itu, dua penumpang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga lagi termasuk pemandu parah dan dibawa ke Hospital Kota Marudu untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Zairolnizal berkata, siasatan lanjut mendapati tiada kenderaan lain dan individu lain terbabit dalam kemalangan itu.
“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – Info X

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ