Kereta Proton Saga yang rosak teruk dibahagian hadapan dalam kemalangan jalanraya di Lahad Datu
Oleh Faizal Rahman
LAHAD DATU : Dua orang lelaki cedera parah manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan ringan apabila kereta dinaiki mereka terbabas sendiri dan melanggar sepohon pokok di sini pada hari Khamis.
Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu terima panggilan kecemasan pada jam 3.39 petang melalui talian MERS 999.
PBK I Abu Bakar Taraji, bersama 8 orang anggota respon ke Jalan Asam, Kampung Jawa, melalui jarak sejauh 5km daripada balai dengan menaiki 2 buah jentera.
Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Saga terbabas sendiri melanggar pokok dan terdapat 3 orang mangsa lelaki terlibat berjaya dikeluarkan oleh Pasukan Bomba.
Dua orang mangsa mengalami kecederaan parah dan seorang lagi mangsa mengalami kecederaan ringan.
Mangsa dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS dan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut. Operasi tamat pada jam 4.12 petang.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ