Kementerian Kesihatan mengesan dua kes pertama subvarian AY.4.2 Delta di Malaysia.
Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata subvarian AY.4.2, itu dikesan dalam dua pelajar Malaysia yang pulang dari United Kingdom (UK) pada 2 Okt.about:blank
Dua pelajar itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dengan keputusan RT-PCR pertama adalah negatif.
“Bagaimanapun, keputusan positif apabila diuji pada sampel kedua pada 7 Okt dalam tempoh kuarantin,” katanya.
Tambahnya, vaksin yang kini digunakan masih berkesan terhadap varian AY.4.2 dan langkah berjaga-jaga seperti kuarantin serta pengujian mampu mengurangkan risiko penularan varian ini di Malaysia, khususnya di pintu masuk antarabangsa.
Tambahnya, kementerian akan terus memantau sama ada subvarian itu telah tersebar dalam komuniti.
Setakat Oktober, the subvarian itu merangkumi 10% penjujukan genom yang dilaksanakan di UK.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ