DUA PEMANDU LORI CEDERA DALAM KEMALANGAN JALANRAYA DI LAHAD DATU

Gambar tempat kemalangan jalanraya di Batu 8 Jalan Dam, Lahad Datu semalam

Oleh Faizal Rahman

LAHAD DATU : Dua pemandu lori cedera selepas kenderaan yang dipandu mereka terlibat dalam kamalangan jalanraya di Batu 8, Jalan Silam, dekat sini, semalam.

Kemalangan tersebut berlaku pada lebih kurang jam 3.00 petang diantara sebuah lori yang sarat dengan muatan ikan bersama sebuah lagi lori tanpa muatan datang dari arah bertentangan.

Dua pemandu lori tersepit dibahagian tempat duduk kenderaan dan telah dikeluarkan oleh pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu 

Menurut Ketua Operasi BBP Lahad Datu, PBK II, Asmori Dahhiarsyah,  BBP Lahad Datu telah dimaklumkan berhubung kejadian itu jam 3.08 petang.

Sepuluh anggota Bomba kemudian bergegas ke tempat kejadian melalui jarak 18 kilometer menggunakan sebuah jentera, unit EMRS dan sebuah kenderaan utiliti, kata Asmori.

Pasukan Bomba yang tiba di lokasi telah berjaya mengeluarkan kedua-dua pemandu yang tersepit sebelum mereka dikejarkan ke hospital daerah menggunakan ambulans dan EMRS, tambah beliau.

Asmori memberitahu bahawa operasi tamat pada jam 4.05 minit petang.