Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan berkuat kuasa 3 November lalu, Kata Ketua Menterinya Abang Johari Abang Openg.
Pada satu sidang media hari ini beliau berkata, Speaker DUN akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai pembubaran itu.
Katanya, ketika ini kerajaan negeri akan menjalankan fungsi sebagai kerajaan sementara sehingga menunggu pilihan raya negeri (PRN) Sarawak diadakan.
Kelmarin, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memperkenankan pembatalan Proklamasi Darurat bagi negeri Sarawak yang berkuat kuasa sejak 2 Ogos lepas.
Pemangku Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Azuan Effendy Zairakithnaini dalam kenyataan semalam memaklumkan perkenan Agong terhadap pembatalan proklamasi berkenaan selaras dengan Perkara 40 dan 40(1A) Perlembagaan Persekutuan.
Pembatalan Proklamasi Darurat itu akan memberi laluan kepada pilihan raya negeri ke-12 (PRN12) Sarawak diadakan setelah tempoh mandat kerajaan negeri Sarawak tamat pada 6 Jun lalu.

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Saya tidak setuju dengan Harris Salleh – Ewon
Jangan Kelirukan Rakyat Tentang Tuntutan Hak 40 Peratus – Madius