PETALING JAYA: Tiga bekas menteri Dzulkefly Ahmad, Johari Ghani dan Gobind Singh Deo kembali menganggotai Jemaah Menteri dalam rombakan pertama di bawah pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Dalam pengumuman dibuat Anwar, Dzulkefly daripada Amanah mengambil alih portfolio kesihatan daripada Dr Zaliha Mustafa. Ahli Parlimen Kuala Selangor itu pernah memegang jawatan itu dari 2018 hingga 2020.
Johari, Ahli Parlimen Titiwangsa pula dilantik sebagai menteri perladangan dan komoditi yang sebelum ini disandang Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof.
Naib presiden Umno itu pernah memegang jawatan menteri kewangan kedua dari 2016 hingga 2018.
Sementara itu, Gobind, Ahli Parlimen Damansara dilantik menteri digital.
Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof yang juga merupakan menteri perladangan dan komoditi sebelum ini, bertukar portfolio ke Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, iaitu kementerian baharu yang dipecah dua daripada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
Sebuah lagi pecahan kementerian itu kini dikenali sebagai Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang diterajui Nik Nazmi Nik Ahmad.

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad